Ruangan Sesawang Bersawang
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Wednesday, February 22, 2012
Tuesday, February 21, 2012
Tired
Has so much going on in my head right now that if you looked inside you would get lost in it all ...
#tirEd
Thursday, January 19, 2012
Thursday, February 24, 2011
Wednesday, February 23, 2011
bILa cInta bErakHiR
Pelbagai perkara yang terjadi dan adakalanya tidak pernah terfikir oleh kita perkara tersebut akan terjadi.
Manusia ini juga dikatakan hanya merancang sebaliknya tuhan yang menentukan segalanya.
Pernahkah terfikir, rumah yang diduduki hampir 20 tahun tiba tiba sahaja terpaksa dikosongkan kerana tanah runtuh. Begitu juga dengan kisah cinta, orang yang kita sayang hilang sekelip mata. Putuscinta ini sebenarnya perkara biasa. Rasanya semua orang pernah merasa dan paling penting ialah kita tidak boleh merasakan bila putus cinta berakhirlah segalanya, tiada lagi tujuan hidup kerana hidup kita bukan bermakna terhenti bila cinta berakhir. Soal hati usah dipersenda kerana hati tidak pernah menipu apa yang dirasa. Paling sulit menyembunyikan gurisan luka terutamanya yang masih berdarah. Kekuatan minda, semangat kental terutamanya dari segi psikologi amat perlu bagi menangani rasa kecewa.
Apatah lagi peperiksaan besar semakin menghampiri sedangkan jiwa tidak tenang.Sukar untuk menumpukan perhatian pada pelajaran kerana fikiran sering menerawang memikirkan kenapa si dia tidak lagi menjadi milikmu. Andaikata dapat dibuang jauh jauh kenangan bersamanya, pasti dilakukan namun tidak mampu kerana ia sering datang disaat yang tidak terduga... Tak siapa bisa membaling jauh jauh kenangan tersebut tetapi hidup dengan kenangan lalu adalah sesuatu yang jauh dari realiti. Kita harus belajar menerima hakikat bahawa bila cinta sudah pergi tak guna lagi ditangisi. Biarkan ia berlalu kerana cinta sebenarnya boleh datang dan pergi bila bila masa sahaja. Cinta pertama lebih kepada cinta monyet, biarpun kala kecewa rasa separuh hati dibawa pergi. Memang betul masa akan menajdi pengubat luka tetapi jika kita sendiri tidak mempunyai kekuatan dalam jiwa sudah tentu jiwa kita akan layu dan tidak bermaya. Keluarga dan teman teman boleh dijadikan tempat mengadu dan mencurahkan apa yang dirasa. Mereka inilah yang memberi dan membina kembali kekuatan diri kita.Bila kecewa kita tahu, bukan bersendirian mengharungi saat saat getir tersebut.
Jagan ditangisi pada yang pergi kerana kalau si dia benar benar setia sudah tentu lautan api pun sanggup direnangi. Inikan baru kocakan air kopi di dalam cawan pun tidak dapat dihadapi apatah lagi ribut taufan di lautan luas? Kesetiaan , kejujuran, saling percaya dan komunikasi adalah asas dalam perhubungan. Kiranya hanya kamu sahaja yang diminta setia sedangkan si dia pula lain caranya lebih baik dia berlalu sahaja dari hidupmu.Usah biarkan cinta membutakan hati dan mata kerana cinta buta pengakhirannya hanyalah merana. Sayang mempersiakan hidup ini hanya kerana cinta yang tidak kesampaian.
Bagi saya, cinta yang tidak kesampaian banyak mengajar dan mempertemukan kita dengan sesuatu yang lebih bermakna. Setiap kali kecewa ia memberi pengalaman dan pengajaran yang berbeza. Kita akan melihat persepsi hidup dengan cara yang berbeza. Belajar menangani perasaan kecewa dengan kaedah yang lebih positif dan kegagalan dalam hubungan juga membuatkan kita lebih berhati hati bila nanti hati kembali diketuk. Tidak dinafikan ada yang bahagia dan berkekalan dengan cinta pertama namun berjuta yang lain memperolehi kebahagian di cinta yang kedua ..ketiga atau seterusnya. Inilah UNIK nya kita manusia, berupaya untuk berkali kali jatuh cinta dan kecewa.
Bagi mereka yang baru kecewa, jangan berputus asa kerana saya pasti cinta akan datang kembali tetapi dengan siapa usahlah ditanya.Saya percaya apa sahaja musibah yang melanda pasti ada hikmahnya. Jika sudah ditakdirkan si dia bukan diciptakan untuk bersama kita, pasti akan ada sahaja halangan dan rintangannya. Orang melayu selalu sebut tak ada jodoh untuk bersama kerana kita sebagai orang islam perlu percaya kepada qada dan qadar. Seperti kata teman saya, anggaplah dia bukan yang terbaik untuk kita dan yang terbaik itu pasti datang suatu hari nanti.
Jadi kenapa harus keterlaluan bila kecewa?
Bukankah ia sebahagian daripada pengalaman hidup.Suatu hari nanti apa yang kamu lakukan di saat kecewa akan menjadi bahan jenaka dan gelak ktawa.
Lihat sahaja diri saya dan teman teman... kami akan ketawa bilan mengenangkan perkara perkara bodoh yang kami lakukan atas nama kecewa bercinta.
Arghhh betapa bodohnya kami suatu ketika dahulu.......
Namun atas kebodohan itulah membuatkan kami semakin bijak dalam menilai sesebuah perhubungan.
Tidak perlu bunuh diri . KELAR TANGAN , MAKAN UBAT TIDUR , cukuplah dengan membazirkan air mata untuk menjadi pengubat.
Hari ini kita membentuk kehidupan hari muka. Emosi tidak membawa kita jauh dan seharusnya untuk berjaya usah terlalu dibelenggu dengan cinta dan kecewa.
Banyak lagi perkara didunia ini yang boleh mengembirakan. Pilihan terletak ditangan kita.Tepuk dada tanya lah selera, bangkit , bangun dan atasi rasa kecewa tersebut. Carilah cinta yang lain yang boleh membawakan kita jauh kehadapan dan disamping itu paling penting, cintailah diri sendiri sebelum mencintai orang lain. Adalakala kita lupa akan diri sendiri kerana sibuk meraih cinta orang lain.
JANGAN LUPA JAGA DIRI,CINTAI DIRI
Friday, February 04, 2011
sEpi iTu inDah ?
assalammualaikum...
aku sepatutnya tidak digalakan untuk menggunakan komputer utk beberapa minggu ni...tapi kekadang aku merindui untuk menaip sesuatu ataupun menulis sesuatu yang mampu membuatkan aku dapat menarik nafas lega?
tidak ada topik yang hendak aku ketengahkan untuk kali ini...
saja menghilangkan kebusanan .. dan juga menghilangkan kerinduan ..
aku rindu pada kawan kawan...
aku rindu pada suasana sekolah ...
aku rindu pada kenangan lama...
semakin umur meningkat ni .. semakin sensitif aku rasakan ...
hmm... dah tua aku ni ...
tapi tidak ada pencapaian yang menarik sepanjang tahun ...
jadi tahun ini aku ingin sekali mencipta 'sejarah' yang menarik untuk aku kenang sampai aku mati...
aku tahu .. tak sepatutnya aku manulis di ruangan ini .. tapi aku rasa tiada siapa yang suka membaca .. jadi cukuplah ia sekadar menjadi renungan utk aku sahaja ..
dari aku paste benda2 yang merapek .. baik aku menaip sesuatu yang aku rasa menarik ...
maaf kan aku jika begitu ...
aku cuba 'buat2' bz ..
aku cuba merealisasikan impian aku ...
aku teringin hendak menjadi sesuatu .. walaupun aku tahu ..
ramai yang berbisik2 ataupun mengatakan aku tak mampu..
tapi tidak apa ..sekurangnya aku mencuba ...
bagi permulaan tahun ni .. 2 aje aku mintak berjaya ..
berjaya yang dua ni...insyaAllah .. yang lain ada peluangnya...
hmm....
Subscribe to:
Posts (Atom)



